TERIMA KASIH di atas kesudian Tuan/Puan membeli
Portable Sling Pump (PSP) dari Aksesori Kelulut JeMa.
PORTABLE SLING PUMP disertakan
dengan pakej Tiub Penyedut, Charger,
Rechargable Battery, Tali Hitam dan Adapter untuk pembelian Giant Pump 1.5L dan Cute Pump
250ml.
Untuk Pump Bajet 250ml, pembelian
akan disertakan sekali bersama-sama dengan Kabel Penyambung USB untuk
powerbank.
Panduan menggunakan Portable Sling Pump:
- 1. Longgarkan cap skru pemegang hos berwarna hitam dan masukkan hos penyedut madu ke dalam lubang.
- 2. Masukkan hos lebih kurang 1 inci dan ketatkan cap skru hitam kembali.
- 3. Pastikan botol pump ditutup dengan rapat dan kedap untuk memastikan sedutan dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan kebocoran vakum.
Panduan mengecas Portable Sling Pump:
1. Suis pada BATERI hendaklah pada kedudukan ON/1 sewaktu cas. Cabut connector yang menyambungkan BATERI kepada pam. Pasang charger pada AC outlet di dinding dan cucuk pada BATERI. Perhatikan lampu LED pada kepala plug charger, Ia sepatutnya berwarna MERAH sewaktu cas dan bertukar HIJAU setelah penuh. Abaikan lampu LED pada BATERI. Sebarang keraguan yang dihadapi bolehlah diaju kepada kami.
PERINGATAN MESRA:
PUMP HENDAKLAH DICUCI SETELAH
DIGUNAKAN UNTUK MEMASTIKAN PUMP SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BAIK DAN BERSIH
UNTUK TUAIAN MADU SETERUSNYA.
1.
Setelah
menggunakan pump, seeloknya pump dicuci dengan cara menyedut air bersih
sehingga air melimpah keluar daripada pump bagi menjaga prestasi sedutan pump.
2.
Jangan
menukar bateri pump dengan bateri lain kerana dikhuatiri prestasi pump akan
menurun ataupun boleh menyebabkan motor pump terbakar.
3.
Elakkan mengubahsuai pam
sekiranya pump tidak
berfungsi kerana ia akan merumitkan
lagi proses penggantian atau pembaikkan pump tersebut.
SEKIRANYA MASIH DALAM TEMPOH
WARRANTY 6 BULAN, ANDA HANYA PERLU POS KEMBALI PUMP KEPADA KAMI, DAN KAMI AKAN
BAIK PULIH PUMP ANDA ECARA PERCUMA.
Anda boleh menghubungi
Ismail ditalian 013-3333557 untuk
sebarang pertanyaan lanjut mengenai pump. Jangan malu2 sebab Ismail boleh bantu
J
No comments:
Post a Comment